Sunday, January 2, 2011

Menghabiskan Masa Terluang

Sebenarnya dah lame aku nak g tgk wayang...tapi sebab kesibukan kerja n keletihan bdn yg teramat sgt..aku just mghabiskan masa cuti aku dgn berehat di rumah je..tapi disebabkan kemurnian hati PM kite memberi 1 cuti umum utk semua rakyat atas kejayaan skuad kebangsaan kita..aku salah seorang yang bersorak kegembiraan..dapat cuti percuma..sape taknak kan...aku pun terus merancang aktiviti dengan adik aku..menonton wayang..tempat paling dekat dan mudah utk aku pergi..wangsawalk,wangsamaju...memandangkan hari ni pun ramai rakyat Malaysia yang berpusu2 keluar untuk menyambut malam tahun baru...nak ke wangsamaju pun jalan tetap sesak..tension...sampai je dekat wangsawalk..kereta dah penuh..nak cari tempat letak kereta pun susah..tension tahap 2..hurrggg....

Sampai kat tempat nak beli tiket...cerita yang aku nak tengok FULL...sebab tak ada choice aku terpaksa menyambar ape2 saje cerita yang ada...akhirnya kitorang decide tengok cerita org putih "Meet The Parents"...jangan salah anggap ye...sebenarnya aku memang peminat cerita tempatan..cerita yang aku tengok hari ni pun sepatutnya cerita "Hantu Mak Limah balik Rumah"..tapi nak buat macam mane dah FULL..memang aku tekanan sangat masa tu...kenapa ramai sangat orang nak tengok cerita yang sama yang aku nak tengok ni..tak ada cerita lain ke korang nak tengok hah...tapi bila aku pikirkan balik kira ok laa kan..rakyat Malaysia sekrg dah gemar balik nak tengok cerita tempatan..tapi cerita tempatan yang berkualiti bukannya cerita yang hanya layak masuk tong sampah jer...tak berbaloi rasanya bayar rm13 untuk tengok cerita macam tu..

Komen aku untuk cerita Meet The Parents..hurrmm...cerita ini lebih kepada cerita komedi yang simple n santai je...tapi mungkin tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak..sebab ada babak yg agak 18sx disitu yer...untuk menghabiskan cuti aku pada hari tu aku rasa berbaloi laa jugak..ada beberapa adegan dalam filem tu mmg membuatkan aku ketawa tak igt...so kesimpulannya enjoy!!

                                                                          *** STAR




No comments:

Post a Comment