Jam berdetik.......
Ruang terasa semakin sempit
Keriuhan suara seolah merimaskan
Adakah aku ditempat yang sepatutnya aku berada??
Atau aku telah tersesat atau disesatkan....
Persoalan semakin menghimpit dan membelit
Haruskah aku lari sahaja dari sini.....
Atau membiarkan diriku tersepit dalam ruang
yang aku sendiri tak pasti?
Aku buntu, dungu dan keliru
TAPI yang aku pasti
Jam itu terus berdetik dan berdetik.....
p/s- Masa tak akan menunggu sesiapa..sama ada Kau mahupun Aku...
suka dan setuju dengan quote ni.
ReplyDelete'Lebih baik bercerita untuk diri sendiri tanpa orang membaca dari menulis untuk orang membaca tapi hilang diri sendiri...'
heee..lagu pon bes. rase tenang je bace. =)
keep writing puisi2 macam zahiril. ! heee